Setiap abjad daripada 12D ini jika dipupuk dengan penuh sedar akan membina
set minda untuk memotivasi setiap orang agar bermuhasabah dan melakukan
perubahan untuk merekayasa organisasi secara berterusan
1. DNA (DNA) – memahami sepenuhnya blueprint organisasi yang
mencerminkan nilai utama yang mendasarinya, termasuk wawasan, misi, hala tuju
serta budaya yang membawa kepada perilaku sewajarnya. Kefahaman ini membantu
merekeyasa organisasi tersebut, terutama dengan menepati petunjuk atau hala tuju
melalui amalan dan tindak-tanduk yang telah di[ersetujui bersama. Ini akan
membentuk aliran pemikiran dan kefahaman yang dapat membulatkan tekad serta
muafakat untuk membangunkan agendsi mengikut fitrah sebuah organisasi yang
jitu.
2. Design
(Reka bentuk) – menjayakan perancangan yang sesuai dengan DNA
termasuk mengambil kira aspek intangible (tidak ketara atau tidak nyata) atau
tersirat sebagai ilham ke arah pertumbuhan jangka panjang lagi lestari. Dalam
hal ini beberapa dimensi baru perlu dikenal pasti sebagai kelebihan persaingan
untuk merekayasa organisasi, khasnya dalam penggubahan program akademik yang
lebih inovatif dan kurikulum yang lebih dinamik. Aspek ini juga menekankan
pentingnya soal dalaman sebagai satu dimensi tidak ketara berbanding aspek
luaran dan ketara seperti yang sering ditonjolkan. Reka bentuk jelas merupakan
satu lagi sumber yang dapat membezakan antara yang cemerlang, gemilang atau
terbilang, terutama supaya dapat mencapai pembangunan lestari. Dalam era ilmu
pengetahuan, reka bentuk merupakan aspek nilai tambah yang begitu penting.
3. DISTINCTIVE
(Unggul) – atau keunggulan yang yang membezakan organisasi A dengan
organisasi lain berlandaskan cetusan inovasi baru dan niche sejauh yang boleh
dalam apa jua hal. Di samping itu, organisasi perlu berperanan sebagai distinctive
pacemaker atau opinion leader seperti yang dianjurkan cogan Kami Memimpin dalam
menyumbang kepada perkembangan pendidikan negara khasnya dan kesejahteraan
masyarakat amanya. Sifat yang unggul ini mesti menembusi setiap individu,
kemudian organisasi, masyarakat dan negara. Keunggulan organisasi hanya
merupakan cerminan keunggulan setiap sesuatu yang terangkum di dalamnya
termasuk perkhidmatan, kemudahan malah persekitaran sekalipun. Aspek ini akan
memudahkan organisasi dikenal pasti sebagai sebuah organisasi yang sentiasa ke
hadapan dan kreatif kreatif di kalangan pesaingnya. Ia sewajarnya sebati dengan
jenama organisasi itu sendiri yang cuba mengutarakan keunggulan pengalaman
belajar, bekerja dan berkhidmat yang paling memberangsang untuk diperdanakan.
Wallahu alam.
Dzulkifli Abdul Razak
Revolusi Pendidikan
Merekayasa Sebuah Universiti, 2005
No comments:
Post a Comment