a) Kaya sebenar bukan kerana
memiliki, tetapi apabila tidak dimilki. Apabila kita terlalu ingin memiliki
sesuatu atau pun seseorang, tanpa sedar kita telah dimiliki olehnya.
b) Orang yang mengetahui Allah
ada, masih tega melalukan kejahatan. Orang yang sudah merasai Allah ada, tidak
akan berani melakukan kejahatan. Tauhid sudah dihayati; sudah meresap ke dalam
hati. Tidak hanya berlegar-legar sebatas kepala (akal).
c) Allah lebih tahu apa yang baik
untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah penawar untuk hati, apabila
sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hidup. Hakikatnya, telah banyak kali
sesuatu yang baik kita nikmati, walaupun pada mulanya itu tidak ingin terjadi.
Dan itulah akan terus terjadi hari ini, esok dan hingga akhir nanti.
d) Siapa yang takut kepada Allah,
Allah akan menjadikan seluruh makhluk takut kepadaNya. Siapa yang tidak takut
kepada Allah, Allah akan menjadikan dia takut kepada seluruh makhlukNya.
e) Apabila bersendirian, jangan
kau katakan aku sunyi….sebaliknya
bisikkan di dalam hati, padaku sentiasa ada Pemerhati. Allah jualah Pemerhati
yang sentiasa di sisi kesunyian diri.
f) Kita buat baik bukan kerana
kita sudah menjadi orang yang baik tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang
yang baik.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment