Sunday, February 2, 2014

Antara 1 dengan 10

1 lebih 10 kurang
Mengutuk mengumpat memang dilarang.

1 baik 10 jahat
Salah orang mudah dilihat.

1 sanggup 10 tolak
Beri tugas cuba mengelak

1 rajin 10 malas
Buat sedikit minta dibalas.

1 menang 10 kalah
Diri sendiri ada masalah.

1 betul 10 salah
Sangkakan menang rupanya kalah.

1 pandai 10 bodoh
Sangkakan cantik rupanya hodoh.

1 beri 10 minta
Sankakan puji rupanya dicaci nista,

1 tahu 10 tak tahu
Sangkakan keju rupanya tauhu.

1 dengar 10 tidak dengar
Sangkakan senyap rupanya hingar.

1 prihatin 10 tidak kisah
Sangkakan kering rupanya basah

1 baik 10 sakit
Sangkakan banyak rupanya sedikit.

1 cemerlang 10 malang
Sangkakan daging rupanya malang.

1 dapat 10 terlepas
Sangkakan santan rupanya hampas.

1 hebat 10 lemah
Sangkakan emas rupanya timah.

1 kritik 10 kutuk
Sangkakan jaga rupanya mengantuk.

1 baik 10 buruk
Mengata orang diri sendiri teruk.

1 beres 10 tidak selesai
Bayar hutang tetapi tidak langsai.

1 simpan 10 buang
Tidak bijak menggunakan peluang.

1 kaya 10 miskin
Cakap tidak serupa bikin.

1 jujur 10 tidak amanah
Segala kebaikan akan musnah.

1 buat 10 tidak
Sangkakan mahu rupanya tak hendak.

1 faham 10 tidak mengerti
Sangkakan sempurna rupanya tidak teliti.

1 ingat 10 lupa
Sangkakan dapat rupanya tidak jumpa.

1 jadi 10 rosak
Sangkakan berbudi rupanya perosak.

1 fikir 10 mengelamun
Sangkakan durian rupanya timun
 
1 senang 10 susah
Sangkakan tenang rupanya resah.

1 pandang 10 tidak Nampak
Sangkakan berbincang rupanya lepak.

1 manis 10 masam
Sangkakan kurma rupanya asam.

1 baik 10 jahat
Sangkakan ikhlas rupanya bersubahat.


1 benar 10 fitnah
Sangkakan membina rupanya punah.

1 puji 10 keji
Sangkakan isi rupanya biji.

1 sepakat 10 tidak sehati
Sangkakan jujur rupanya iri hati.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

No comments:

Post a Comment