a) Lakukanlah tugas cinta yang pertama jika anda benar-benar
cintakannya…. . dengarkanlah, pandanglah matanya, belai tangannya, sapa rasanya
dengan rasamu. Insya-Allah dengan mendengar, anda seolah-olah terus berkata : aku tetap setia, aku tetap cinta!
b) Cinta itu bukan mengikat, cinta itu membebaskan. Untuk
bebas daripada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikalah cinta Allah
sebagai asas dan atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta walaupun kepada
isteri ataupun suamimu!
c) Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu
kesempurnaan dalam berumah tangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan
sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Si dia ialah alat
Allah untuk mendidik kita!
d) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Berapa banyak
hubungan cinta yang terputus kerana hilangnya kepercayaan. Jadi, dalam rumah
tangga jangan hanya menjaga cinta, tetapi pupuklah kepercayaan!
e) Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau menikahinya
tetapi siapa dia selepas menikah dengan mu.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment