a) Tagihlah janji Allah bahawa
lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Berusahalah untuk menjadi baik kerana
kebaikan itu bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya,
penghujungnya malah sepanjang jalan.
b) Cinta sebenar membebaskan
bukan mengongkong. Seseorang yang mengongkong, hakikatnya mencintai dirinya
bukan pasangannya. Ikat hatimu dengan Allah dan bebaskan
pasanganmu…..Insya-Allah, kamu akan dapat kesetiaannya!
c) Kekasih yang baik ialah seorang
pendengar yang baik. Soalnya, bilakah kali terakhir kita menjadi pendengar yang
baik kepada pasangan kita? Ketika kita pulang daripada bekerja atau pun
bermusafir, adakah kita memilih menjadi pendengar kepada isteri yang
ditinggalkan di rumah atau pun sebaliknya?
d) Semakin banyak kemanisan yang
kita teguk sebelum bernikah, semakin tawar perkahwinan yang dilalui nanti.
e) Mendengar lebih sukar, kerana
ia bererti memberi perhatian hati dan perasaan. Hanya orang yang pemurah
sanggup berbuat demikian. Orang yang bakhil tidak akan sanggup. Si bakhil tidak
akan sanggup memberi tumpuan, perhatian dan hatinya kepada orang lain.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment