a) Untuk gembira…gembirakan orang
lain.
b) Orang yang baik hati tidak
sempat melihat kejahatan orang lain seperti orang busuk hati yang tidak sempat
melihat kebaikan orang lain. Sebaik sahaja mendapat pengajaran daripada satu
keburukan, terus lupakan dan pandang terus ke hadapan!.
c) Allah pun memaafkan kesilapan insan.
Mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang
membetulkan kesilapannya. Mengapa kita terus membencinya?
d) Dengarlah bisikan agar tidak
terpaksa mendengar jeritan. Merendah dirilah segera agar tidak dipijak kepala.
e) Takwa, nilai manusia di sisi
Allah. Akhlak, nilai manusia sesama manusia. Takwa dan akhlak itu tidak dapat
dipisahkan. Siapa yang paling akrab hubungannya dengan Tuhan, pasti intim juga
hubungannya sesama insan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment