Monday, February 10, 2014

Hubungan sesama manusia 4

a) Kerinduan untuk mendapat keampunan Allah memudahkan kita memaafkan kesalahan sesama manusia.
b) Manusia perlu didengar cakapnya dan suara hatinya seperti mana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Begitu juga manusia, apabila percakapannya tidak didengar. Jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera.
c) Selagi kita manusia, selagi itulah ada perbezaan dan pertentangan. Namun akhirnya yang kita harapkan adalah kedamaian jua. Bataskanlah sempadan persengketaan. Hadkanlah bisa perkataan. Sesungguhnya itu memudahkan jalan meminta dan menerima kemaafan.
d) Jadilah tangan yang di atas dengan mencari, memiliki dan memberi harta.
e) Hari-hari adalah Hari Ibu….sekiranya kita mendoakan ibu setiap kali selepas solat lima waktu. Hadiah terbaik seorang anak kepada ibunya adalah dengan berusaha menjadi anak yang soleh atau pun solehah. Rayakan Hari Ibu setiap hari dengan berdoa untuknya dan sentiasa bermujahadah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment