Yang Maha
Menentukan
Wahai Tuhanku
aku berdoa padaMu dengan lisan
harapanku
ketika tubuhku sudah letih dan kelu.
Tuhanku
betapa indahnya kenyataan ilham
yang Engkau alirkan
ke dalam bisikan-bisikan hati
betapa nikmatnya bermunajat padaMu
padaMu secara rahsia
di tempat-tempat yang tak ada seorang pun
yang menyaksikanku kecuali Engkau.
apabilla di hari kiamat nanti
Engkau berkata padaku :
Wahai hambaku,
apa yang memperdayakanmu
dari jalanKu?
aku menjawab :
Wahai Tuhanku,
tidak lain adalah kebaikanMu
padaku.
Apabila Engkau memasukkanku ke dalam neraka
bersama musuh-musuhMu
nescaya aku memberitahu pada mereka
sewaktu di dunia aku mencintaiMu
kerana Engkaulah Tuhanku
dan aku tidak memerlukan apa-apa
selain Engkau.
Aameen.
Kecerdasan berasaskan
Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011
No comments:
Post a Comment