a) Hidup ialah satu siri pelajaran yang panjang dan
berterusan. Allah mendidik kita dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup ini.
Tujuannya? Untuk kita menjadi lebih baik sebagai hamba Allah dan khalifah!
b) Siapa yang berjuang mencari mati, dia akan menemui hidup!
Dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Kita adalah warga
akhirat kerana di sanalah kehidupan yang hakiki dan abadi.
c) Kita semua ialah orang berada selagi berada di dunia.
Kita sentiasa ada untuk memberi kerana Allah sentiasa memberi untuk kita
memberi!
d) Usah dipinta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang
tabah menghadapinya.
e) Orang yang paling utama berkongsi kegembiraan dengan kita
ialah mereka yang kita ingat semasa dalam kesusahan. Ketika kita lupa, dia
mengingatkan ketika kita ingat, dia sedia memberi bantuan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment