Friday, April 1, 2016

Al-Hakam

Asma Ul-Husna 29

Al-Hakam ertinya Allah Maha menghukum atau yang Menetapkan Hukum-hukum ke atas makhlukNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
(Al-An’aam: 57)

Maha Menghukum dan Maha Menetapkan Hukum

Al-Hakam ataupun al-Hakim mengandungi pengerti yang sama; asal-usul yang pertama bererti semakna dengan man’, larangan , yang darinya suatu kata seperti hakama, suatu bahagian dari pengekang besi yang digunakan untuk mengendalikan kuda.

Al-Hakam ertinya Zat yang kata-kataNya adalah final dalam menentukan kebenaran dan kebatilan, dalam menjelaskan antara tindakan-tindakan kesolehan dan tindakan-tindakan dosa. Dia mengaganjari setiap jiwa menurut apa yang diusahakannya, yang memutuskan di antara hamba-hambanyaNya, sebagaimana dikehendakiNya yang menerangkan antara kelompok yang binasa dan yang beruntung, menyiksa yang pertama dan mengganjar yang kedua. Al-Hakam adalah Maha Pemutus perkara yang terbaik. Hakim yang benar secara mutlak yang keputusanNya tidak seorang pun dapat membalikkannya, atau tak seorang pun yang dapat memupus titahNya.

Al-Hakam adalah Zat yang dalam janjiNya tidak ada keraguan sama sekali, yang perbuatanNya tidak mengandungi kesalahan (kekeliruan) sama sekali. Dia telah memerintahkan bahawa hati-hati harus puas dan redha kepadaNya, bahawa jiwa-jiwa harus tunduk dan taat kepadaNya. Dia memisahkan kebenaran dari kebatilan.

Diriwayatkan, Syuraih bin Hani telah mengatakan bahawa ayahnya Hani bin Yazid mengatakan, Suatu hari aku mengunjungi rasulullah saw dan baginda mendengar ada orang memanggilku Abu al-Hakam. Baginda berkata kepada mereka: Al-Hakam adalah Allah! Mengapa engkau dinamai seperti itu?

Aku berkata kepadanya: Setiap kali kaumku berselisih satu sama lain, aku memutuskan di antara mereka yang dapat memberi kepuasan pada pihak-pihak yang bertikai. Kemudian nabi saw menyoalku apakah aku punya anak. Ya, mereka adalah Syuraih, Abdullah dan Muslim, putera-putera Hani (yakni aku).

Siapakah yang tertua dari mereka? Tanya rasulullah lagi. Aku mengatakan bahawa yang tertua adalah Syuraih. Lalu baginda berkata: Engkau adalah Abu Syuraih. Kemudian baginda berdoa kepada Allah untuk merahmatiku dan anak-anakku.
 
Sifat manusia yang keduapuluh sembilan ialah bijak menghukum

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menghukum dan pandai dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan merujuk kepada hukum Allah swt.

Imam Al-Fudhail mengatakan bahawa Al-Hakam Allah sebaik-baik hukum dan hakim yang paling bijak. Dengan bercermin pada Asma Allah ini dapat membuat kehidupan diliputi oleh keadilan hukum Allah yang selari dan sesuai dengan fitrah kejadian kita.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 68 - 70

No comments:

Post a Comment