AllahumaYa Allah, Allahuma Ya Rahman, Allahuma Ya Rahim
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai
Tuhan yang sentiasa mendengar permohonan hamba walau sebanyak mana dosa yang
kami pikul ya Allah. Wahai Tuhan yang tidak pernah memperkirakan akan dosa
kerana ampunMu dan luasnya rahmatMu itu Ya Allah.
Ya Allah, cucurkan buat kami rahmatMu dan keampunan
daripadaMu Ya Allah. Jadikanlah hati-hati kami sayang dan cinta kepadaMu ya
Allah. memahami akan rasulMu Ya Allah.
Ya Allah pada kesempatan ini ya Allah kami berdoa dan
memberikan Ya Allah perharapan agar Engkau memberikan kemuliaan kepada seluruh guru-guru Ya Allah dan para ulamak yang sejak
daripada zaman berzaman ya Allah mengorbankan diri mereka untuk menyampaikan
agama sehingga kami dapat agama itu hari ini Ya Allah.
Wahai Tuhan kami, lantas kau campakkanlah dalam hati-hati
kami ini pula Ya Allah kesedaran untuk bangkit untuk mengamalkan agama ini
dengan sebaik-baik mungkin Ya Allah. Dan untuk kami memberi khidmat balik
kepada agama ini dengan sebaik mungkin
ya Allah agar nanti saat Engkau tanya kami di hari akhirat, apakah yang pernah
dibuat untuk agama ini? Ada jawapan yang kami berikan kepadaMu ya Allah.
Ya Hannan Ya Mannan Ya Dzal Jalal iwal-Ikram
Jadilah kami orang yang sentiasa pemurah untuk memberikan
harta kami untuk agama ini ya Allah. Jadilah kami orang yang pemurah untuk memberi masa-masa kami untuk agama ini ya
Allah. Jadikanlah kami orang-orang yang pemurah buat kami untuk memberikan
tenaga kami buat agama ini ya Allah, sehingga syi’arnya terangkat ya Allah,
hikmah daripadanya terangkat ya Allah, hukum hakam daripadanya terlaksana ya
Allah. Kerana seandainya tidak ada orang
yang sanggup memberi ya Allah, maka tidak adalah pada saat itu Islam ini akan
terbela.
Ya Hannan Ya Mannan Ya Dzal Jalal iwal-Ikram
Pada kesempatan yang penuh dengan berkah ini ya Allah. para
hamba ini sedang menadah tangan ya Allah agar diampunkan dosa ayah dan ibu-ibu
kami. Ampunkanlah dosa ayah-ayah dan ibu-ibu kami ya Allah. Rahmati dan
selamatkanlah mereka Ya Allah.
Ya Allah buat ayah yang telah bermusafir di alam barzah ya
Allah berilah kesejahteraan buat mereka ya Allah . Ibu yang bermusafir di alam
barzah, berikan kesejahteraan buat mereka ya Allah. Engkau rangkumkanlah mereka
dan kumpulkan mereka ya Allah bersama-sama para kekasihMu ya Allah.
Wahai Tuhan yang mendengar permohonan, Wahai Tuhan kami , akan
datang satu saat dalam hidup nanti ya
Allah. akan datang satu masa nanti Ya
Allah kami tidak mampu berdoa seperti ini lagi ya Allah kerana saat itu kami telah pun menjadi ahli
kubur ya Allah. Jagalah maruah kami ya Allah. Tolonglah kami saat itu ya Allah,
kerana sesungguhnya tidak ada penolong buat kami melainkan hanya Engkau Ya
Allah. Tolonglah kami disaat kami telah menjadi ahli kubor.Ya Allah. Tutuplah
keaiban kami, peliharalah maruah kami ya Allah. berilah kebaikan buat kami ya
Allah. Jadikanlah dia taman daripada taman-taman syurga ya Allah dan jangan Engkau
menjadikan ia kawah daripada kawah-kawah
neraka yang maha dashyat.
Aameen.
Ust Zul Ramli M. Rozali
Usrah Nurani. radio ikim fm
15 April 2016
No comments:
Post a Comment