Monday, April 11, 2016

As-Syakur

Asma Ul-Husna 36

As-Syakur ertinya Allah Maha Bersyukur atau yang Sangat Syukur sebagaimana firmanNya bermaksud:
 
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menumbuhi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)
(Faatir:30)

Maha bersyukur

Secara linguistik, as-Syakur  berasal dari akar kata syukr yang ertinya suatu peningkatan. Bangsa Arab menggambarkan suatu tanah sebagai tumbuh-tumbuhan yang berbuah. Mereka menggambarkannya sebagai seekor haiwan yang digemukkan. Tumbuh-tumbuhan diberi rezeki dengan sedikit air disebut syakur.

As-Syakur bermakna sangat sering berterima kasih, yang menghargai kesolehan, sedekah dan kebaikan. Seorang hamba Allah yang syakur adalah ia yang terus berterima kasih kepada Tuhannya dengan menaatiNya dan dengan menjalankan kewajiban-kewajiban.

Allah bersifat dengan As-Syakur kerana Dia menghargai amal soleh sekalipun sedikit yang dilakukan hamba-hambaNya dan melipatgandakan ganjaranNya atas perbuatan itu. CaraNya berterima kasih kepada para hambaNya adalah dengan memberi mereka kurniaNya walaupun Dia adalah Zat yang memudahkan mereka untuk melakukan kebajikan-kebajikan.

Dan menganjari mereka bahkan untuk perbuatan ketaatan yang kecil kepadaNya dengan suatu kurnia yang besar. Dia memberi rahmat dengan sifat As-Syakurnya kepada hambaNya di dunia mahupun di akhirat.

Sifat manusia yang ketigapuluh enam ialah bersyukur

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh enam dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai rasa syukur yang tinggi kepada Allah swt.

Jabir bin Abdullah al-Ansari mengatakan, jika seseorang diberi sesuatu ketika mampu menemukan cara untuk memberikan hal yang sama, biarlah ia berbuat demikian. Namun jika tidak, maka hendaklah ia memuji sang pemberi, kerana orang yang tetap diam dan tidak mengucapkan apa pun, bererti melakukan kekufuran (kufr).

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 86-87

No comments:

Post a Comment