Asma Ul-Husna 38
Al-Kabir ertinya Allah Maha Besar atau Allah memiliki Kebesaran yang Maha
Besar sebagaimana firmanNya bermaksud:
Apakah yang telah dititahkan
oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan
kebenaran, dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya lagi Maha Besar
kekuasaanNya.
(Saba’: 23)
Maha Besar dan
Memiliki Kebesaran
Al-Kabir adalah Maha Besar, Agung dan Maha Mulia namaNya, lebih besar
daripada segala sesuatu dan setiap orang dan Dialah Zat Maha Agung Mutlak, Zat
yang besar lantaran kebaikanNya sendiri dalam sifat-sifat dan perbuatanNya,
jauh dari keserupaan dengan makhluk-makhlukNya.
Al-Kabir adalah Zat yang memiliki semua kesempurnaan, kebesaran, kehormatan
dan keagungan. Dia di atas gambaran dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya.
Dia terlalu besar untuk dilukiskan ataupun dipahami.
Asma ul-husna ke-38 ini dapat dibahagi kepada tiga kalimat yang sama iaitu:
- Al-Kabir
- Al-Mutakabbir
- Al-Akbar
AllahuAkbar yang biasa kita laungkan semasa solat lima waktu adalah suatu
ungkapan yang berasal dari al-Kabir yang diucapkan untuk mengawali solat,
ketika waktu rukuk, sujud atau berdiri (qiyam). Ucapan ini disebut takbir iaitu
pengagungan terhadap kebesaran Allah swt.
Sifat manusia yang
ketigapuluh lapan ialah membesarkan Allah
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh lapan
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah membesarkan Allah dalam setiap
aktiviti mahupun ibadat.
Takbir diperlukan dalam beberapa kesempatan seperti azan, iqamah, solat
lima waktu, hari raya, solat jenazah, ketika melihat Kaabah, melempar jumrah
(ketika beribadah haji) dan ketika berjihad (perang fi sabilillah). Rasulullah
saw kerap mengawali segala sesuatu yang penting dengan ucapan Takbir
(AllahuAkbar) selain Bismillah.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 91-92
No comments:
Post a Comment