Asma Ul-Husna 37
Al-’Aliyy ertinya Allah Maha Tinggi MartabatNya atau yang mempunyai
Martabat Maha Tinggi
Segala yang mereka sembah
selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Al-Hajj:62)
Maha Tinggi
MartabatNya
Al-’Aliyy adalah salah satu sifat Allah yang
berasal dari kata ’uluww,ertinya
tinggi. keagungan atau ketinggian. Tinggi di sini merujuk pada kedudukan. Al-’Aliyy adalah yang Maha Tinggi,
sehingga yang Maha Tinggi tidak pernah dapat dibayangkan atau, digambarkan. Akal
kebingungan berkenaan dengan kebesaranNya, juga tidak sanggup melukiskan
kesempurnaanNya. Menurut al-Mufradat, orang yang ’aliyy adalah orang yang
terkemuka, seorang yang memiliki keutamaan. Ketika dikaitkan kepada yang Maha Kuasa,
sebagaimana merujuk kepada surah al-Haj ayat 62 di atas, pengertian yang muncul
adalah bahawa Dia di atas penggambaran siapapun atau yang sesungguhnya
diketahui oleh siapapun, dan Dia di atas apa yang dikatakan siapapun
tentangNya.
Dialah Zat yang kedudukanNya tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya. Segala
sesuatu di alam di bawah pengendalianNya.
Zat yang al-’Aliyy jauh untuk dibayangkan oleh akal manapun dan
sifat-sifatNya terlalu besar untuk dihuraikan. Dialah Zat yang keagunganNya
membingungkan setiap orang dan dalam mencuba mengetahui rahsiaNya akal gagal
menjejakiNya.
Sifat manusia yang
ketigapuluh tujuh ialah rendah hati
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh tujuh
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah rendah hati dan meninggikan diri.
Di antara adab mulia seorang mukmin adalah kerendah hatian dan ketundukan
di hadapan Allah yang Maha Kuasa.
Al-Qusyairi (seorang tokoh sufi penulis Risalah al-Qusyairi) telah
melaporkan perkataan bahawa Allah mewahyukan kepada Musa as untuk naik ke
sebuah gunung sehingga Dia akan mewahyu kepadanya. Di sana setiap gunung
berlumba-lumba dengan yang lainnya dengan harapan menjadi gunung yang dekat di
mana wahyu Ilahi akan turun. Gunung Sinai memandang dengan rendah hati dengan
mengatakan: Sejak bila aku layak mendapatkan kehormatan menjadi tempat mulia di
sisi Musa ketika diajak bicara oleh Tuhannya? Dengan alasan ini, Allah
mewahyukan kepada Musa untuk mendekati Gunung Sinai kerana kerendah hatian
Gunung Sinai.
Menurut al-Asma ’wa al-Shifat, di mana sebuah hadis qudsi dikutip, ketika
malam Israk (perjalanan malam ke Jerusalem) rasulullah mendengar gema suara
tasbih di langit tinggi yang berbunyi: Subhana
al-’Aliyy al-A’la, Subhanahu wa Ta’ala ( Maha Suci Yang Maha Tinggi, Maha
Suci Dia dan Maha Tinggi)
Iyas bin Salmah telah menukil perkataan ayahnya bahawa ia telah mendengar
rasulullah saw memulai setiap doanya dengan mengatakan: Subhana al-A’la al-Wahhab ( Maha Suci Yang Maha Tinggi, Yang Maha
Pemberi)
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 88-90
No comments:
Post a Comment