Asma Ul-Husna 31
Sesungguhnya Tuhanku Maha
Lembut terhadap apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dialah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Yusuf:100)
Maha Halus dan
Maha Lembut
Al-Latif merupakan salah satu sifat Allah yang menunjukkan ketinggian kasih
sayangNya kepada makhlukNya. Secara terus menerus Al-Latif mencurahkan
kurniaNya kepada para hambaNya, perbuatan-perbuatanNya baik dan indah.
Al-Latif juga bererti Zat yang tidak dapat diindera oleh indera-indera
manusia ataupun oleh indera-indera makhluk lain, yang yang mengetahui
perkara-perkara ghaib dan amat kecil.
Al-Latif telah menggabungkan dalam diriNya kasih sayang yang tinggi dan bijaksana,
juga pengetahuan yang maha kecil dan terperinci atas semua perkara yang Dia
kehendaki di antara makhlukNya.
Al-Latif membahagiakan hamba-hambaNya ketika Dia menghalau awan-awan
murkaNya dari mereka, Zat Yang pemurah terhadap hamba-hambaNya bahkan dalam
masalah-masalah yang terkait dengan titahNya; Dia mengetahui segala sesuatu
masalah-masalah ghaib. Dialah Zat yang pengetahuannya meliputi segala sesuatu
yang kecil meliputi semua fakta.KehendakNya dijalankan, kehendak di mana Dia
melindungi makhluk-makhlukNya. Dia mengetahui secara terperinci perkara-perkara
yang paling sukar sekalipun.
Dengan Al-Latif,yakni kelemah lembutan. Dia menjadikan mereka sampai pada
tujuan mereka. Dialah yang Maha Baik dan Maha Penyayang kepada para hambaNya
bahkan ketika mereka tidak mengetahuinya; Dia mengatur segala perkara mereka
dan mengharapkan segala sesuatu yang baik bagi para hambaNya. Dia menghendaki
kemudahan mereka dan menjadikan bagi mereka segala jalan untuk menuju kesolehan
dan kebaikan itu mudah dilakukan. Dia memudahkan segala sesuatu yang sukar yang
menyatukan semua yang retak kerana sifatNya yang Maha Halus dan Maha Lembut
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Tidakkah Allah yang
menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha
Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
(Al-Mulk: 14)
Salah satu tanda dari kemurahanNya terhadap hamba-hambaNya adalah bahawa
Dia telah memberikan kepada mereka lebih dari cukup dan tidak menuntut mereka
terhadap apa yang mereka tiada daya mengerjakannya, sehingga menjadikan
pencapaian kebahagiaan abadi yang dapat diraih dengan upaya yang mudah selama
kurun waktu yang pendek, yakni tentang kehidupan seseorang, yang terlalu
singkat dibandingkan dengan keabadian hari akhirat.
Sifat manusia yang
ketigapuluh satu ialah lemah lembut
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh satu dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap lemah lembut, halus dan bijaksana
dalam segala aktiviti.
Kelemah lembutan juga menjadi asas dakwah rasulullah saw sehingga baginda
digambarkan memiliki akhlak yang agung, yakni kerana sikap lembutnya terhadap
sahabat mahupun musuh-musuhnya.
Oleh itu kehalusan dan kelemah lembutan sepatutnya menjadi asas segala
aktiviti dan perbuatan kita untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 73 - 75
No comments:
Post a Comment