Saturday, April 16, 2016

Al-Muqit

Asma Ul-Husna 40
 
Al-Muqit ertinya Allah Maha Pemberi Keperluan, yang Menjadikan makanan dan yang Maha Pemelihara sebagaimana firmanNya bermaksud:

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa: 85)

Maha Pemberi Keperluan

Al-Muqit berasal dari akar kata benda qut (makanan), makanan yang memenuhi keperluan tubuh manusia. Ibn ’Abbas telah meriwayatkan bahawa al-Muqit adalah al-Muqtadir, yang Maha Berkuasa.

Al-Muqit menciptakan semua makhluk berikut rezeki mereka. Dia menyediakan jalan-jalan bagi mereka untuk  mendapatkan akses ke arah rezeki tersebut. Dia telah menjadikan jalan-jalan bagi mereka mudah diakses apa yang perlu dan apa yang berlebihan. Dia memberi rezeki pada tubuh dan jiwa. Dia telah bersumpah pada DiriNya sendiri untuk memberi rezeki pada ciptaanNya.

Al-Muqit mendengar doa-doa diam dan menjawabnya serta mengetahui penderitaan (yang dialami) dan menghilangkannya.Al-Muqit juga mempunyai pengertian yang sama sebagaimana pengerian al-Hafiz, Maha Pemelihara. Jadi, Dia memelihara dan memberi makan semua makhluk hidup.

Al-Muqit memberi rezeki kepada hati dengan ilmu sehingga Dia adalah ar-Razzaq. Namun dalam cara yang lebih luas, rezeki itu bukan hanya mencakupi makanan yang menghidupkan tubuh seseorang, melainkan semua fasilita termasuk keimanan, adalah juga termasuk rezeki.

Sifat manusia yang keempatpuluh ialah mencukupkan keperluan

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempat puluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mencukupkan diri pada keperluan yang sewajarnya iaitu hidup secara qana’ah (sesuai dengan rezeki kita).

Salah satu adab mulia yang diilhami oleh sifat ini adalah bahawa ketika makanan dibawakan kepada anda, anda mesti mengetahui al-Muqit yang rezekiNya sangat besar dan serba mencukupi, yang melalui kemuliaanNya anda disediakan makanan. Pengetahuan seumpama ini akan menjadi sebab cahaya sifat ini mengangat anda secara kerohanian. Kemudian Tuhan menjadikan anda rumah penyimpan kekayaan bagi hamba-hambaNya, memudahkan anda untuk memberi rezeki kepada yang lain, mengajari mereka ilmu dan membimbing mereka kepada yang Maha Memberi rezeki.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 95-97

No comments:

Post a Comment