Kata Tuah:
Aku tidak berhajat
menikammu sahabat
aku hanya menikam sifat
setiamu tidak bersukat.
Aku juga tidak berniat
menikammu sahabat
aku hanya menikam tabiat
derhakamu tanpa siasat.
Kedua sahabat
berjabat
berdamai dan
bersepakat
gempur pembesar
khianat
intrig dan honar
pun tamat
pengacum
bertaubat lahum
pendomba meminta
nyawa
pembelot
menyerah berlutut.
Sebelum bersurai
Jebat bertanya
tuntas:
Mahu diapakan Mandeliar?
Jawab Tuah
tegas:
Kejar dan hajar.
Melaka kembali
gegar
melebarkan
empayar.
Azmi Yusoff
Machang
Mingguan
Malaysia
3 Apr 2016
No comments:
Post a Comment