Al-Hafiz ertinya Allah Maha Pelindung atau yang Maha Memelihara sebagaimana
firmanNya bermaksud:
Dan Dan (ingatlah) Tuhanmu
Maha Memelihara (mengawal serta mengawasi) tiap-tiap sesuatu.
(Saba: 21)
Maha Memelihara
atau Maha Pelindung
Al-Hafiz berasal dari akar kata if, ertinya melindungi seseorang atau
sesuatu. Lawannya adalah sahu,kelalaian, kealphaan atau kesilapan. Kaum
perempuan yang melindungi kekayaan suami mereka ketika sedang tiada di rumah
dijelaskan dalam al-quran suci sebagai hafizhatin lil ghaib. Suatu buku disebut
afi kerana kandungannya melindungi catatan-catatan perbuatan dan perkataan dari
kehilangannya (dari ingatan manusia dan lain-lain).
Al-Hafiz sangat memelihara segala sesuatu yang ada, yang melindungi
unsur-unsur yang berlawanan yang saling mencakupi satu sama lain seperti apa
yang panas dan apa yang dingin, apa yang lembab dan apa yang kering,
kualiti-kualiti yang telah Allah ciptakan, menjadikan mereka melekat dalam
penciptaan kita, juga dalam penciptaan semua haiwan dan tumbuhan.
Ketika kita mengatakan bahawa Allah
adalah al-Hafiz bermakna Allah Maha Kuasa memelihara segala sesuatu
dengan kemahiran yang tidak dapat diungkapkan dan tidak pernah menyalahi
ataupun disentuh oleh sebarang kelupaan dan kelalaian. al-Hafiz juga bermakna
menjaga segala sesuatu dari kehilangan atau kerosakan.
Sifar manusia yang
ketigapuluh sembilan ialah memelihara dan melindungi
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketiga puluh sembilan
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah memelihara dan melindungi kedudukan
kita sebagai muslim di sisi Allah swt.
Siapa pun yang merenungkan makna al-Hafiz dan merindukanNya dengan sepenuh
hati adalah orang yang hatinya dipenuhi perasaan cinta kepada Allah dan
menyakini sepenuhnya bahawa Allah Maha Memelihara dan Maha Melindungi dirinya
daripada azabNya
Oleh itu, orang yang merindukan al-Hafiz hendaklah memiliki kekuatan dalam
memelihara dan menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan dosa, melindungi
hatinya daripada dorongan-dorongan hawa nafsu yang jahat.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 93-94
No comments:
Post a Comment