Al-Halim ertinya Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang dan Penyabar
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Sebenarnya Allah telah
memaafkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyantun.
(Ali Imran: 155)
Maha Penyantun dan
Penyabar
Al-Halim adalah salah satu sifat dari Yang Maha Kuasa. Akar katanya hilm, yang ertinya mengambil waktu untuk
melakukan sesuatu. Ia juga bererti perhatian, hirauan dan perasaan. Hilmnya
Allah adalah penundaan hukumanNya terhadap mereka yang layak untuk dihukum,
sehingga Dia menunda hukuman terhadap sebahagian mereka yang layak menerima
hukumannya. Setelah itu, Dia bebas sama ada menghukum manusia atau memaafkan
kesalahan-kesalahan mereka. Atau, dapat juga Dia dengan tegas menghukum sebahagian
dari mereka. Dia menyaksikan pelanggaran dari para pelanggar dan kederhakaan
dari mereka yang menderhakaiNya tanpa didorongi oleh kemarahan ataupun diliputi
oleh kemurkaan, dan Dia tidak terburu-buru untuk menghukum sekalipun Dia
berkuasa untuk itu.
Al-Halim tidak tergesa-gesa melaksanakan kemahuan ataupun hukumanNya.
Sekiranya Dia bermaksud melakukan balas dendam atas kederhakaan hambaNya,
niscaya Dia disebut dengan penuh kebencian dan sekiranya Dia tidak bermaksud
untuk berusaha membalas dendam sama sekali, maka sesungguhnya Dia Maha
Pengampun.
Al-Halim sangat sering mengabaikan dosa-dosa dan menutupi aib-aib hambaNya,
kerana Dia Maha Penyantun dan Maha Penyabar sehingga tidak tergamak menghukum
hamba-hambaNya. Dia bahkan melindungi hambaNya dan memberinya peluang terus
menerus untuk bertaubat.
Sifat manusia yang
ketigapuluh tiga ialah penyantun dan sabar
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh tiga dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap penyantun, sabar dan tidak mudah
berdendam.
Dengan demikian seorang yang penyantun, pemurah dan penyabar adalah orang
yang disenangi orang ramai dan mempunyai ramai kawan. Dia suka melindungi dan
menutupi aib ataupun kekurangan orang lain untuk menjaga perasaan dan adab-adab
dalam pergaulan.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 78 - 79
No comments:
Post a Comment