Sains moden yang lahir daripada tamadun barat itu bukan \lah
suatu yang baru dan wujud tersendiri. Ia merupakan rantaian perkembangan sejak
zaman dahulu daripada sains tamadun
Mesir Purba, Yunani, India, China, Islam sehinggalah kepada zaman pertengahan
di Eropah. Walau bagaimanapun setiap tamadun tersebut mempunyai ciri-ciri
khusus dari segi bentuk dan falsafah.
Sains moden berbeza daripada sains zaman pertengahan dan
juga daripada sains Islam dari segi falsafahnya. Sains moden tidak meletakkan
ketuhanan sebagai sumber utama pemikiran, tetapi sebaliknya meletakkan akal
manusia sebagai pusat yang menjadikan penentu segala-galanya. Akhirnya sains
moden menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran
semata-mata dan tidak memerlukan pertolongan daripada Tuhan. Falsafah sains
sebegini menjadi pegangan sebahagian besar ahli sains hari ini khasnya di
Barat.
Kebanyakan sarjana Islam pada zaman kegemilangan, bermula
dengan pengajian agama sebagai ilmu asas, seterusnya mempelajari dan menerokai
ilmu-ilmu sains kemudiannya. Ibn Sina yang dikenali sebagai ahli falsafah, juga
merupakan pakar perubatan serta ahli sains. Beliau telah menghafal al-Quran
sejak berusia sepuluh tahun. Begitu juga dengan sarjana Kristian pada zaman pertengahan,
dari segi pendidikannya juga telah menerima pendidikan di biara. Copernicus
pada mulanya belajar untuk menjadi ahli gereja yang unggul, tetapi kemudiannya
terkenal sebagai ahli astronomi.
Antara tamadun besar manusia yang telah menyumbang kepada perkembangan
ilmu pengetahuan sains ialah Tamadun Mesir Purba,Tamadun Yunani, Tamadun India,
Tamadun China, Tamadun Islam, Tamadun Eropah, Zaman Pertengahan, Tamadun Eropah
Renaissance dan Zaman Revolusi Sains hinggalah ke hari ini.
Wallahu a’lam.
Modul 1 Pukal Latihan
Sains Rendah (PuLSaR) PPK, KPM April 1999, ms 3
No comments:
Post a Comment