Asma Ul-Husna 35
Al-Ghafur erttinya Allah Maha Pengampun atau Maha Luas AmpunanNya
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa mereka semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi
Maha Penyayang.
(Az-Zumar; 53)
Maha Pengampun dan
Luas AmpunanNya
Al-Ghafur berasal dari akar kata ghafr; ertinya menghijab atau menutupi.
Disebut al-Ghafur lantaran Dia sangat sering menghijabi dosa-dosa dan
mengampuni orang-orang yang melakukan perbuatan dosa itu. Dia tidak memperselisihkan
tentang dosa-dosa dengan hamba-hambaNya. Maghfirah ertinya tutupan dan ampunan
dosa. Ampunan Allah bererti perlindunganNya atas seorang hambaNya terhadap
siksaNya. Kata kerjanya bererti mengampuni dosa-dosanya secara terang-terangan.
Al-Ghafur adalah Tuan yang kekuasaannya demikian sempurna. Dia dapat
mengampuni tanpa syarat kerana kurnia yang Dia limpahkan kepada para hambaNya
dan kerana kemurahanNya.
Al-Quran teramat banyak merujuk pada masalah ampunan. Dan Allah telah
memperluas ampunan tersebut sehingga hati orang-orang yang menderhakaNya tidak
putus asas dari rahmatNya dan agar orang-orang jahat tidak akan patah arang
dari kasih sayang Allah. Dan mengampuni dosa-dosa dan menerima taubat. Dalam
surah al-Ghafir (al-Mukmin), kita dapati ayat 3 berikut yang bermaksud: Yang mengampuni (setiap) dosa, yang menerima
taubat, yang keras hukumanNya, yang mempunyaiai kurnia.
Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: Khabarkan
olehmu (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Aku adalah yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AlHijr: 49), sebahagian sahabat nabi
saw tenggelam dalam tawa dan senda gurau ketika rasulullah saw tiba-tiba
muncul.
Baginda menyalami mereka lalu berkata kepada mereka: Apakah kalian ketawa ketika neraka di hadapan kalian? Mereka
menyesal dan merasa sangat tertekan. Baginda segera pulang tetapi tidak lama
kemudian datang lagi kepada mereka dan berkata: Jibril as baru sahaja datang kepadaku dan berkata bahawa Allah bertanya
mengapa aku menjadikan sebahagian hambaNya putus asas dari rahmatNya kemudian
baginda membaca surah az-Zurnar ayat 5 yang bermaksud.....Ingatlah, Dia adalah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Sifat manusia yang
ketigapuluh lima ialah kerap memohon ampun dan berlapang dada
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh lima dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah kerap memohon ampun dan beristighfar kepada
Allah.
Orang yang ingin mewujudkan sifat Al-Ghafur bererti ia harus terus menerus
memohon ampunanNya sebagaimana Allah memaafkan hamba-hambaNya berkali-kali. Ini
merupakan kunci guna meraih ampunan Allah sebagaimana dalam ayat berikut yang
bermaksud:
Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah
mereka memaafkan serta berlapang dada (melupakan kesalahan orang-orang itu);
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur:22)
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 83-85
No comments:
Post a Comment