Asma Ul-Husna 32
Al-Khabir ertinya Allah Maha Waspada dan Maha Mengetahui segala khabar yang
tersembunyi mahupun yang nyata sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dia tidak dapat dicapai oleh
penglihatan mata, sementara Dia dapat menyaksikan (semua) penglihatan itu. Dia
Maha Lembut, lagi Maha Mengetahui.
(Al-An’aam: 103)
Maha Waspada dan
Maha Mengetahui
Al-Khabir merupakan satu dari sifat-sifat Allah, dan ianya bererti Zat yang
mengetahui segala sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang terluput dari
pengetahuanNya. Dia mengetahui rahsia segala sesuatu dan memahami kebenaran
akan hal ini. Al-Khabir mengetahui betul seluk belok sesuatu yang paling rumit;
Dia mengetahui penyakit sekaligus ubatnya.
Al-Khabir mengetahui rahsia segala sesuatu yang nyata mahupun yang
tersembunyi. Tidak sesuatu pun yang terjadi dalam kekuasaanNya tanpa
sepengentahuanNya. Tidak sebutir atom pun yang bergerak atau tetap diam atau
jiwa yang letih atau senang selain bahawa Dia mengetahui tentangnya. Dialah Zat
yang tidak sesuatu pun di muka bumi ataupun di langit tersembunyi dariNya.
Tidak sesuatupun yang bergerak di langit ataupun di muka bumi selain bahawa Dia
mengetahui perihal tujuan ataupun matlamat finalnya.
Para ulama telah membezakan di antara al-Khabir
dan al-Alim. Yang pertama memberi
pengertian pengetahuan, namun ketika pengetahuan diterapkan kepada
perkara-perkara ghaib, baru disebut khibra,
dan Zat yang mengetahuinya disebut al-Khabir.
Sifat manusia yang
ketigapuluh dua ialah waspada
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh dua dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap waspada, bijak dan mempunyai
pengetahuan yang luas.
Sesungguhnya para nabi dan rasul dibekali Allah dengan sifat-sifat ini
sehingga mereka pada umumnya mempunyai tingkat kemahiran dan ilmu yang tinggi
hasil daripada pengamatan dan ibadah mereka kepada Allah swt.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 76 - 77
No comments:
Post a Comment