Apatah yang
diharapkan
kalau dia hanya
orang suruhan
disuruh maka
dilakukan
Apatah yang
diharapkan
kalau dia hanya
orang suruhan
diarah maka
diiakan
Apatah yang
diharapkan
kalau dia hanya
orang suruhan
diancam maka dia
diam
kalau dia hanya
orang suruhan
dijanjikan
ganjaran maka dia aman
Ada orang
suruhan yang memandang pahala dan dosa
ingat akan Allah
azzawajalla
maka dia orang
suruhan yang berjaya
Ada orang
suruhan yang memandang habuan dunia
kepada sesame
makhluk menggantungkan nasib dan mujurnya
maka dia orang
suruhan yang lagha
Setiap orang ada
pilihan
menjadi orang
suruhan yang berjaya
atau orang
suruhan yang lagha
kerana kita
pasti akan ke sana
untuk dihitung
pahala dan dosa
untuk ke syurga
atau ke neraka
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
No comments:
Post a Comment