Asma Ul-Husna 30
Dan telah sempurnalah
Kalimah Tuhanmu (Al-Quran,meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar
dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya;
dan Dialah yang sentiasa Mendengar;lagi sentiasa Mengetahui.
(Al-An’aam:115)
Allah Maha Adil
Al-’Adl ertinya pertengahan, jauh dari tindakan penindasan atau berbuat
zalim kepada sesiapapun dalam perintah-perintah dan perbuatan-perbuatanNya.
Sebaliknya, Dia memberi setiap orang sesuatu yang menjadi haknya; Dia
menempatkan segala sesuatu di tempatnya yang benar; tak sesuatu pun yang keluar
dariNya selain keadilan. Dia berbuat apapun yang Dia kehendaki sesuai dengan
sifat adilNya yang meliputi seluruh makhluk ciptaanNya.
Oleh kerana Allah bersifat Al-’Adl, maka Dia memerintahkan keadilan dan
kejujuran dan berfirman dalam ayat berikut yang bermaksud : Dan ketika engkau
menetapkan suatu keputusan bagi manusia, hendaknya engkau mengadili dengan
adil.
(An-Nisaa: 58)
Banyak hadis yang meriwayatkan bagaimana rasulullah saw menekankan masalah
keadilan dan menyoroti kedudukan orang-orang yang bertindak berdasarkan
keadilan. Salah satu darinya adalah hadis baginda: Ada tujuh golongan manusia
yang akan dinaungi Allah pada hari ketika tidak ada naungan selain naunganNya
salah satunya adalah seorang imam yang adil.
Sifat manusia yang
ketigapuluh ialah adil
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah
berlaku adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Allah swt menyuruh kita berlaku adil dan berbuat kebajikan kepada orang
lain dan memberi kepada kaum kerabat, melarang berbuat keji dan kemungkaran
serta permusuhan.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 71-72
No comments:
Post a Comment