Wednesday, March 30, 2016

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2006

a) Kategori Individu Sekolah Prasekolah

Johan: Abdul Ghani b Abdul Hamid
SK Tambun Tulang, 02600 Arau Perlis
Tajuk : Huruf mengikut gaya badan
Sinopsis: Bahan inovasi adalah untuk memperkenalkan dan memberi pemahaman konsep bentuk huruf besar (A-Z) dengan cara melakukan gerakan anggota badan. Pengajaran menggunakan bahan ini telah disusun secara berperingkat iaitu bermula daripada pengenalan huruf yang mudah kepada yang susah seperti:
  1. Huruf I,T,Y,X dan P – membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan sambil menyanyi.
  2. Huruf F,E,J,L dan U - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara meniru aksi robot
  3. Huruf A,B,H,R dan K - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui permainan kuiz
  4. Huruf D,C,G,O dan Q - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara senamrobik.
  5. Huruf N,M,W.V,S dan Z - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui cerita.

Naib Johan: Azlina bt Aziz
SK Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang
Tajuk: Kad Bacaan Manja Maju
Sinopsis:. Kad Bacaan Manja Maju merupakan bahan bacaan untuk murid prasekolah. Bahan inovasi ini terdiri daripada gabungan 6 dalam satu iaitu gabungan beberapa kad iaitu:
1)      Kad gambar
2)      Kad abjad awal
3)      Kad suku kata (kv/kvk)
4)      Kad perkataan
5)      Kad frasa
6)      Kad cerita

Kesemua elemen dalam kad ini telah digabungkan menjadi bahan bacaan bergambar dengan berpandukan siri nombor. Bahan ini juga mengikut tema dan dilampirkan bersama kad penilaian bagi menilai tahap kebolehan murid.

Ketiga: Samsul b A. Wahab
Peti Surat 4, Bandar Penawar 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk: Kaedah Serindit
Sinopsis: Kaedah Serindit adalah satu pendekatan menggunakan ICT dalam membantu murid untuk mengenal huruf, membaca suku kata dan perkataan. Kaedah ini berdasarkan pengajaran bertema serta membantu murid dalam proses menghafal dan mengingat. Secara ringkasnya kaedah ini terdiri daripada:
1)      Mengenal huruf
2)      Membaca suku kata
3)      Membaca perkataan
4)      Pengajaran bertema
5)      Menghafal dan mengingat

Pangisian kaedah ini diprogramkan di dalam Microsoft  Power Point. Kaedah menggunakan ICT ini boleh diajar secara kelas, kumpulan dan individu. Di samping murid seronok dalam pembelajaran, guru pula boleh mengubahsuai dan menambah kandungan pengisian berdasarkan kemahiran murid.

b) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Razali bin Yahya
SK Batu Tiga,25150 Kuantan Pahang
Tajuk : Aplikasi MAS BBD (sebagai pemangkin penjanaan idea penulisan efektif)
Sinopsis: MAS BBD merupakan akronim kata tanya Mengapa, Apa, Siapa, Bila, Bagaimana dan Di Mana. Sungguh pun akronim tidak asing bagi pengajaran dan pembelajaran penulisan (karangan) guru ini telah dapat mencipta satu cara sistematik untuk mengaplikasikan akronim tersebut bagi menjana idea penulisan dengan cepat, tepat dan padat. Aplikasi ini dibahagikan kepada tiga tahap utama. Tahap pertama merujuk teknik penjanaan idea utama berasaskan sama ada sasaran isi yang umum atau sasaran isi yang khusus. Tahap kedua merujuk teknik penjanaan idea sokongan  berasaskan isi yang khusus. Tahap ketiga pula menjurus teknik penjanaan idea sokongan berasaskan  sasaran isi yang khusus. Buku latihan penulisan untuk murid Tahap dua dicipta khas untuk mengaplikasikan teknik ini. Buku latihan tersebut mengandungi panduan yang membantu murid memahami soalan karangan, membuat pelan karangan dan menulis karangan. Aplikasi ini berupaya membantu murid menjana idea karangan dengan tersusun dan memastikan isi karangan tidak terpesong daripada kehendak soalan. Aplikasi ini telah disebarkan secara luas kepada guru-guru Bahasa Melayu di negeri Pahang dan di beberapa negeri lain. Walaupun ia dicipta khas untuk peringkat sekolah rendah, aplikasi ini juga dapat membantu pengajaran dan pembelajaran penulisan sekolah menengah

Naib Johan: Ngo Boi Hung
SJK Taman Rajang, Jalan Simpoh Peti Surat 1112 96008 Sibu Sarawak
Tajuk: Line of Five
Sinopsis:. Line of Five adalah set permainan matematik yang menggabungkan idea pengajaran dan permainan. Konsep Line of Line menjurus garis lurus yang mengandungi lima nombor yang disusun berturutan secara mendatar, menegak atau melintang. Ia berguna untuk pengajaran dan

Ketiga: Khatijah bt Noordin
SK Sentul 1, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur
Tajuk: Time Ruler
Sinopsis: Time Ruler merupakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran topik Masa dan Waktu dalam Matematik. Pakej Time Ruler terdiri daripada beberapa komponen seperti dua set 12-hour, Time Ruler, dua set 24-hour Time Ruler, satu set Minutes Plate, tujuh keping kad Days of the Week, dua belas keping kad Months of the Year, empat keping kad Week of the Month dan tiga puluh satu keping kad Daily Cards. Bahan ini dapat membantu murid membuat pengiraan berkaitan tempoh masa yang abstrak secara kongkrit. Ia dapat membantu pemahaman murid tentang peredaran masa dan waktu dalam tempoh sehari atau beberapa hari.

c) Kategori Individu Sekolah Menengah
 
Johan: Norazamudin b Umar
SMK Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu Sabah
Tajuk : e-Tuition in Arabic
Sinopsis: Perisian pengajaran ini dibangunkan untuk membantu murid mempelajari Bahasa Arab dengan lebih verkesan dan seronok. Tiga komponen utama dalam projek ini ialah Kamus Bergambar dan Animasi, Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi. Murid mempelajari perkataan Bahasa Arab melalui Kamus dan cara menulis ayat melalui Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi. Bagi murid yang menghadapi peperiksaan PMR murid dibimbing menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam Modul Latihtubi. Setelah pelaksanaan prokek didapati motivasi murid semasa belajar Bahasa Arab sangat tinggi dan kualiti prestasi murid dalam peperiksaan PMR telah meningkat. Di samping itu guru telah meletakkan bahan pengajaran beliau dalam laman web www.e-tuitioninarabic.net dan menjalankan program OUTREACH di masjid tertentu di Kota Kinabalu. Bahan pengajaran projek ini boleh diakses oleh semua pihak yang berminat belajar Bahasa Arab.

Naib Johan: Sia Peng Yee
SMJK Seg Hwa, Jalan Tahang Rimau, 85000 Segamat Johor
Tajuk: Keelekromagnetan – Dari konsep ke aplikasi
Sinopsis: Satu pakej bahan bantu mengajar telah disediakan daripada bahan gunapakai untuk membantu murid mempelajari konsep Keelekromagnetan dan aplikasinya di makmal sains melalui eksperimen. Di setiap stesen mereka akan belajar sesuatu konsep atau satu contoh penggunaan Keelektromagnetan setelah menjalankan satu eksperiman dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menjawab soalan yang ditanya dalam lembaran kerja. Pakej ini terdiri daripada satu model statik untuk mengajar konsep berhubung dengan medan kemagnetan di sekeliling solenoid, satu pasangan solenoid (aktif) untuk mengajar kesan arus elektrik dan bilangan gulung ke atas kekuatan daya kemagnetan, model-model untuk kren, pembesar suara dan geganti elektrik. Setelah mengendalikan eksperimen yang disediakan murid menunjukkan mereka telah memahami konsep Keelektromagnetan dengan lebih mendalam dan mereka dapat menjawab soalan yang lebih sukar seperti soalan peperiksaan SPM.

Ketiga:  Pang Sin Nan
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Lorong Siol Kandis 1, Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak
Tajuk:  Penghasilan Klip Video dan Foto Yang Asli Secara Spontan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Yang Efektif dan Afektif
Sinopsis: Satu kaedah pengajaran yang melibatkan penghasilan klip video secara spontan telah diperkenalkan untuk mengajar tajuk yang rumit difahami dalam pengajaran Fizik seperti keseimbangan daya. Murid dilibatkan secara aktifnya dalam proses pengajaran dan tindakan mereka dirakam dalam kamera digital dan dimainkan semula untuk mencetuskan perbincangan. Melalui kaedah ini murid dapat memahami konsep dengan lebih jelas serta memahami konsep yang sukar dikonsepsikan. Oleh kerana kaedah memerlukan penglibatan pelajar dengan aktifnya mereka merasa seronok dan puas dalam pelajaran Fizik.Untuk menggunakan kaedah ini dalam pengajaran, guru-guru perlu mempunyai kemahiran yang cekap dalam penggunaan kamera digital dan peralatan elektronik yang berkaitan seperti komputer riba dan projektor LCD. Kaedah pengajaran ini berpotensi digunakan dalam pengajaran mata pelajaran yang lain juga.

d) Kategori Kumpulan

Johan:  Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk :  MyCard
Sinopsis: MyCard adalah satu permainan kad yang dihasilkan khusus untuk membantu murid sederhana dan lemah menguasai dan menghafal fakta-fakta penting dalam mata pelajaran seperti Sains (Tingkatan 5), Ekonomi Asas (Tingkatan 4) dan Ekonomi (Tingkatan 6). Bahan ini digunakan dalam minggu ulangkaji antara bulan Julai hingga Oktober setelah sukatan pelajaran siap diajar. MyCard menerapkan ciri-ciri Pembelajaran Kendiri, Kecerdasan Pelbagai dan Pembelajaran Koperatif bagi memastikan penglibatan kapasiti belajar dan kepuasan murid dimaksimumkan semasa aktiviti ulangkaji dijalankan. Lembaran kerja, Buku Modul serta CD pembelajaran juga disertakan bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Inovasi ini juga disebarkan melalui laman we di alamat http://mycardstmary.blogspot.com
 
Naib Johan   Sri Ram A/L Bilangwaty & Mohamed Ayub b Ghose Mohamed
SMKA Al Mashoor (L) Jalan Air Itam, 10460 Pulau Pinang
Tajuk:  Kit Aslie
Sinopsis:  Bahan inovatif ini bukan sahaja membantu murid untuk menguasai tajuk Aset, Liabiliti, Hasil, Belanja dan Ekuiti tetapi juga tajuk lain iaitu imbangan Duga, Penyata Kewangan dan Komuter (Excel) dalam mata pelajaran Perakaunan. Ia merupakan penggeak dan pelengkap kepada murid menguasai tajuk-tajuk penting dalam Perakaunan dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Hasil keputusan peperiksaan SPM 2003,2004 dan 2005 menunjukkan sekolah mencatat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Perakaunan. Kit ini boleh digunakan sebagai modul latihan sendiri secara manual atau secara interaktif dengan komputer.

Ketiga:  Wong Siew Chai
SJKC Kwan Chien Sarikei, Jalan Kubu 96100 Sarikei Sarawak



Tajuk:  Pakej Fleksi Permainan Pengajaran dan Pembelajaran Sains 3R
Sinopsis:  Inovasi ini merupakan satu permainan yang telah dibangunkan unrtuk menimbulkan minat dan motivasi murid-murid tahun 3 untuk mempelajari mata pelajaran sains. React,Refresh dan Reflect merupakan 3 aspek yang diutamakan dalam permainan ini. React merujuk kepada rangsangan atau reaksi kepada grafik-grafik atau masalah-masalah yang ditujukan kepada murid. Refresh pula menekankan pengalaman yang sedia ada dan konsep-konsep yang perlu diingat kembali bagi menyelesaikan masalah yang ditujukan. Reflect adalah lebih kepada kesimpulan atau konsep yang diperolehi daripada pengalaman yang diingat kembali. Permainan ini telah memudahkan murid mempelajari danh mengingati topik-topik sains dan juga membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Pemenang Keseluruhan:
Johan:  Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk :  MyCard

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 33-39

No comments:

Post a Comment