Friday, March 18, 2016

Bahasa Diam


Kutangkap dan faham
bahasa diam
kerana hurufnya lebih dalam
menyimpankan pusaka rasa
yang jernih terpendam
dan tak seharus dilepaskan
ada waktu
terlalu deras kata-kata
ingin kuluncurkan keluar
tapi kupilih bahasa diam
kerana sunyi maha mengerti
mentafsirkan kiasan ingin
tanpa mengocakkan sukma
orang lain

ABIZAI
Miri Sarawak
Mingguan Malaysia
31 Jan 2016.

No comments:

Post a Comment