Asma Ul-Husna 28
Al-Basir ertinya Allah Maha Melihat tanpa adanya sekatan ataupun hijab
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dan Ia tetap bersama-sama
kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu
kerjakan.
(Al-Hadid:4)
Zat Yang Maha
Melihat
Dari segi bahasa, melihat diperolehi melalui daya penglihatan; ia merupakan
pantulan cahaya atas objek yang dilihat dan kesannya pada mata. Melihat juga
suatu insight, suatu kebijaksanaan,
suatu keyakinan yang paling dalam. Orang yang bashir adalah ia yang melihat secara mendalam, yang berilmu, yakni
seorang ahli atau pakar.
Juga malihat dalam kaitan ini
bererti tidak terburu-buru, melainkan merenungkan (terlebih dulu), mengetahui
perkara-perkara dan teguh dalam menganut satu keyakinan.
Allah bersifat dengan al-Basir, ertinya melihat segala sesuatu, yang nyata
mahupun yang ghaib, tanpa menggunakan daya penglihatan.
Al-Basir sepenuhnya mengetahui segala sessuatu yang terlihat dan yang tidak
terlihat oleh pandangan biasa. Dia melihat dan mengawasi tanpa menggunakan
sebarang alat. Tidak sesuatupun yang ada di langit tinggi ataupun di dasr bumi,
ataupun segala sesuatu yang ada di antara keduanya, ataupun yang ada di bawah
tanah, yang terselubung dari penglihatanNya.
Sifat manusia yang
keduapuluh lapan ialah melihat kebenaran
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh lapan dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap melihat segala kebenaran untuk
menaikkan darjat dan nilai-nilai insaniahnya.
Siapapun yang mengetahui bahawa Allah Maha Melihat akan mempunyai sikap
disiplin dengan menjaga tingkahlakunya secara benar. Siapapun yang menjaga
pendengaran dan penglihatannya di jalan yang benar, tidak akan melakukan
sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Orang yang menjaga
penglihatannya di jalan Allah, niscaya akan dicintai oleh Allah dan ia akan
diberkati kehidupannya.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 66 – 67
No comments:
Post a Comment