Saturday, March 26, 2016

As-Sami’

Asma Ul-Husna 27

As-Sami’ ertinya Allah Maha Mendengar atau bersifat Mendengar tanpa hijab sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-An’aam: 13)

Zat Yang Maha Mendengar

As-Sami’ adalah Zat yang Maha Mendengar segala sesuatu yang ada tanpa menggunakan daya pendengaran atau bantuan alat pendengaran. Allah mendengar setiap dan semua suara dan gema, walaupun ianya tersembunyi di tempat yang tersorok jauh dari penglihatan.

PendengaranNya meliputi segala sesuatu; Dia mendengar permohonan-permohonan orang yang terttindas; Dia menjawab munajat-munajat orang yang punya hajat; Dia membantu mereka yang putus asas akan (datangnya) pertolongan; Dia mendengar pujian-pujian orang yang memujiNya, sehingga Dia mengganjari mereka kerana itu, dan permohonan orang yang memohon kepadaNya sehingga Dia menjawab mereka. Dia mendengar suara semut hitam yang merayap di atas batu karang digelapnya malam dan Dia mendengar apa yang direnungkan oleh hati dan keberatan apa yang menembus kesedaran.

As-Sami’ berasal dari kata sam’. Ia menyampaikan fakta bahawa Allah Yang Maha Tinggi mengetahui kebenaran atas setiap dan segala suara walaupun ianya sangatlah tersembunyi. Dia yang Maha Suci mengetahui dan mengenali suara-suara juga warna-warna sebagaimana Dia mengetahui dan mengenali segala sesuatu yang lainnya.

Sifat manusia yang keduapuluh tujuh ialah menghinakan keburukan nafsunya.

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh tujuh dengan bercermin pada Asmal ul-Husna ialah bersikap mendengar segala arahan dan perintah Allah tanpa banyak soalan.

Siapa pun yang mengetahui hahawa Allah mengetahui segala sesuatu akan menjaga lidahnya daripada mengucapkan perkara-perkara batil. Dia akan selalu mengatakan dan mendengar kebenaran. Oleh itu dia akan menjaga telinganya agar tidak dimasuki oleh suara-suara batil yang merebak di sekitarnya.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 64 - 65

No comments:

Post a Comment