Maka berkatalah malaikat itu, Wahai
kekasih Tuhan yang Maha Pengasih, kalaulah anda mengetahui apa yang
telah diuntukkan bagimu dari kebaikan, nescaya anda tahu darjat kedudukan anda
di samping orang lain. Anda akan bertambah suka dan gembira, riang dan
bertambah cahaya.
Wahai Muhammad! Bergembiralah sesungguhnya telah dikibarkan di kalangan
makhluk panji-panji pengentahuan. Setiap makhluk bergembira dengan ketibaanmu.
Tiada suati benda yang dijadikan Allah melainkan akan datang patuh kepada
perintahmu dan mendengar percakapanmu. Binatang dhah dan rusa akan
mempersaksikan kerasulanmu. Pokok, bulan dan serigala tidak lama lagi semuanya
akan menyebut tentang kenabianmu. Binatang Buraq akan menjadi tungganganmu. Dia
juga rindu ingin melihat kecantikanmu,. Jibril sebagai menteri kerajaanmu,
telah mengisytiharkan sebutanmu disegenap penjuru alam. Bulan juga akan
diperintahkan terbelah untukmu.
Setiap orang di dalam alam menunggu-nunggu dengan penuh rindu akan
ketibaanmu. Mereka menanti-nanti terpancarnya cahayamu. Dalam keadaan baginda
kekasih Allah swt itu mendengar suara-suara lembaga-lembaga itu, muka baginda
berseri seperti cahaya pagi, maka datanglah Halimah menjerit-jerit dan berkata:
Kasihan budak dagang ini! Maka berkatalah malaikat-malaikat itu: wahai Muhammad
anda bukanlah dagang, bahkan anda hampir kepada Allah, anda adalah pilihan dan
kekasih Allah.
Kata Halimah lagi: Kasihan budak yang keseorangan ini. Kata malaikat:
Tidak, anda tidak keseorangan ya Muhammad, bahkan anda orang yang akan mendapat
sokongan, penghiburmu ialah Tuhan yang terpuji, kawan-kawanmu ialah daripada
malaikat dan orang yang mentauhidkan Allah. Kata Halimah lagi: Kasihan anak
yatim ini!. Sahut malaikat-malaikat itu: Sesungguhnya andalah satu-satunya anak
yatim yang terpuji kerana darjatmu di sisi Allah amat tinggi.
Ya Allah Ya Tuhanku
cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.
Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008
No comments:
Post a Comment