Friday, March 25, 2016

Maulid Daiba’i ....bahagian 17

Apabila Halimah mendapatkannya (Muhammad) terlepas dari bencana, dibawanya pulang dengan penuh kegembiraan. Kemudian diceritakan peristiwa itu kepada sesetengah kabin. Maka berkatalah kahin itu: Wahai  putera zamzam dan maqam, putera Arrukun dan Albaitelharan, adakah dalam masa jaga anda lihat semuanya ini atau dalam masa tidur.

Maka sahut baginda; Demi penghormatan kepada Tuhan Raja yang Maha Mengetahui, aku telah melihat mereka terang-terangan, aku tidak ragu-ragu dalam peristiwa itu dan tidak tertipu. Maka kata kahin itu: Bergembiralah wahai anak, kerana andalah orangnya yang akan memperolehi panji-panji kebesaran. Kenabianmu adalah kunci dan penyudah bagi semua nabi. Kepadamu turunnya malaikat Jibril. Atas hamparan qudus Tuhan yang mulia  berkata-kata kepadamu. Siapakah yang dapat menghitung semua kelebihan yang telah anda punyai. Untuk menerangkan sebahagian sahaja dari sifat-sifatmu lemah lisan orang yang memujimu.

Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.

Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008

No comments:

Post a Comment