Monday, May 20, 2013

Wajah Guru



Ceria wajah guru
tatkala pelajar mendengar kata
amalkan berbudi bahasa

Bangga wajah guru
tatkala pelajar lulus periksa
berjaya di gelanggang minda.

Muram wajah guru
tatkala pelajar membuang masa
ilmu dicurah tidak diterima

Bengis wajah guru
tatkala pelajar melanggar perintah
nasihat guru dibuat tak kisah

Simpati wajah guru
tatkala pelajar dilanda resah
sesal di hati tak pernah sudah

Tegas wajah guru
tatkala pelajar membuat karenah
jika dilayan bertambah parah

Berubah-ubah wajah guru
tatkala pelajar menukar laku
namun guru tetap di situ
seribu mahu tiada jemu.

Nordin Saad
Sri Tunjong, Perlis
BH 19 Mei 2013

No comments:

Post a Comment