1. Berusahalah
semaksimum mungkin untuk menjadikan Ramadan yang penuh berkat ini sebagai
stesen untuk bermuhasabah diri, dengan meningkatkan amal-amal kita, mengulang
dan memperbaikinya, sebagai bekal kehidupan kita kelak.
2. Berusahalah
menjaga kestabilan dan konsisten mengerjakan solat terawih secara berjemaah.
Kerana rasulullah saw bersabda: Siapa
yang solat bersama imam sampai dia berheti, maka akan dicatat untuknya seperti
mendirikan solat sepanjang malam.
(HR: an-Nasa’i)
3. Berlebih-lebihan
itu adalah perbuatan haram. Sebaliknya berlebih-lebihanlah dalam bersedekah
kerana sedekah itulah yang akan mendatangkan pahala untuk kita.
4. Bertekad untuk
beristiqamah melakukan perbuatan-perbuatan baik yang kita biasakan dalam bulan
Ramadan, setelah Ramadan berakhir.
5. Mengambil
pengajaran berdasarkan waktu yang telah berlalu serta berusaha menutupi
kekurangan yang ada dengan memanfaatkan sisa-sisa umur.
6. Sesungguhnya
bulan ini adalah bulan ibadah dan amal
bukan untuk memperbanyakkan tidur dan mencambahkan kemalasan.
7. Lazimi lidah
kita untuk berzikir. Janganlah kita termasuk orang-orang yang sedikit mengingat
Allah SWT.
8. Ketika kita
merasa lapar, maka ingatlah sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah dan
kita sangat memerlukan makanan dan keperluan lainnya daripada Allah SWT.
9. Gunakanlah
waktu kita pada bulan ini untuk menjinakkan syahwat daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat, bahkan membahayakan.
10. Ketahuilah
bahawasanya beramal itu adalah amanah. Maka muhasabah diri kita apakah kita
telah melakukannya dengan baik atau tidak.
11. Segeralah
memohon maaf kepada orang yang pernah kita zalimi, sebelum orang itu mengambil
pahala amal kebaikan kita di akhirat kelak.
12. Berusahalah
untuk selalu memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang yang berpuasa
agar kita mendapat pahala seperi puasa orang yang mengerjakannya.
13. Ketahuilah
bahawasanya Allah SWT Maha Memuliakan dan Maha Penyayang, menerima taubat
orang-orang yang bertaubat. Dan Dia adalah zat yang memiliki kekuasaan membalas
yang dasyatnya tidak terkira.
14. Jika kita
melakukan maksiat, selagi Allah menutupi aib kita daripada perbuatan maksiat
itu, maka ketahuilah sesungguhnya ini adalah peringatan agar kita segera
bertaubat. Kerana itu cepat-cepat bertaubat dan kuatkan tekad agar tidak
mengulangi maksiat yang serupa.
15. Ketahuilah
pula bahawasanyaAllah SWT membolehkan kita untuk beristirehat dan bersantai
dengan hal-hal yang juga dibolehkan. Akan tetapi, jangan terlalai dengan istirehat
sehingga menjadikan semua waktu kita untuk beristirehat dan berseronok,
sehingga tidak berbaki waktu untuk kita melakukan persiapan mengumpulkan banyak
amal kebaikan.
16. Berusahalah
memahami makna-makna (tafsir) al-Quran dan
hadis-hadis rasulullah saw, sirah rasulullah dan salafussoleh serta
ilmu-ilmu agama kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah termasuk ibadah.
17. Jauhkan diri
kita daripada pergaulan dengan orang-orang yang kurang baik akhlaknya dan
perbanyakkanlah berteman dengan orang-orang soleh yang dapat mempengaruhi
kesolehan dan ketaatannya kepada kita.
18. Sesungguhnya,
sikap kita yang selalu bersegera datang ke masjid adalah petanda kuatnya
kerinduan dan cinta kita kepada al-Khaliq.
19. Berusahalah
untuk selalu memberi motivasi dan nasihat kepada orang-orang yang ada dalam
asuhan dan bimbingan dengan hal-hal yang bermanfaat. Kerana mereka sedia
menerima nasihat dan bimbingan daripada diri kita, berbanding orang lain.
20. Jangan
hidangkan terlalu banyak jenis makanan ketika berbuka puasa kerana hal itu
selain membazir bahkan akan menyibukkan anggota keluarga untuk menyediakannya
sehingga mereka kehilangan banyak waktu siang untuk membaca al-Quran dan
ibadah-ibadah yang lain.
21. Jangan
terlalu kerap berjalan-jalan, keluar rumah pada waktu malam seperti ke
tempat-tempat umu, pasar raya, tempat hiburan dan sebagainya. Terutama pada
penghujung Ramadan agar kita tidak kehilangan kesempatan yang sangat berharga.
22. Berupayalah
sekuat tenaga untuk melakukan qiyamulail pada sepuluh malam terakhir, kerana
malam-malam itu adalah malam-malam yang memiliki keutamaan kerana di situlah
terselitnya lailatur qadar; malam yang lebih mulia dari seribu bulan, akan
turun.
23. Janganlah
kita sekali-kali meninggalkan puasa tanpa ada keuzuran syarie kerana sehari
tidak berpuasa pada bulan Ramadan tidak dapat diganti (pahalanya) meskipun
berpuasa selama setahun penuh.
24. Lakukanlah
iktikaf di masjid meskipun hanya untuk beberapa jam.
25. Disunatkan
mengumandangkan takbir pada malam Aidilfitri dan pada pagi hingga selesai
mendirikan solat.
26. Ketahuilah
bahawa hari raya Aidilfitri adalah hari untuk bersyukur kepada Allah. Maka
jangan jadikan ia sebagai hari kebebasan untuk melakukan semua perkara yang
selama ini terpendam dalam keinginan kita.
27. Ingatlah
selalu kepada Allah, walaupun kita dalam keadaan sukacita dengan datangnya hari
raya. Ingatlah juga saudara-saudara kita yang sedang dalam kekurangan ; fakir
miskin, anak-anak yatim, pelarian, orang-orang yang ditimpa musibah dan
sebagainya. Ketahuilah bahawa sedikit harta yang kita berikan kepada mereka
mampu mengubati luka yang dianggung oleh hati mereka, maka syukuri
nikmat-nikmat Allah SWT.
28.Gunakan
sebahagian hari-hari kita di luar Ramadan untuk berpuasa sunat. Janganlah hanya
berpuasa pada bulan Ramadan sahaja.
29. Selalulah
muhasabah diri dalam segala hal. Seperti menjaga solat berjemaah, mengeluarkan
zakat, bersilaturrahim, berbakti kepada kedua orang tua, berbuat baik kepada
tetangga, bersalaman dan meminta maaf kepada orang-orang yang berselisih faham
dengan kita, tidak boros, membimbing orang-orang dalam tanggungan kita,
menerhatikan keadaan saudara-saudara kita sesama Muslim, berusaha melakukan
perbaikan, tidak mengumpat orang lain, selalu membaca al-Quran dan menghayati
makna-maknanya serta khusyuk ketika mendengar bacaannya.
Nasihat Ramadan
daripada orang-orang soleh
Sulthan Hadi
Ya Allah sapalah kami dengan
penghargaan, kemuliaan, perhatian dan kasih sayangMu. Ameen Ya Kareem.
No comments:
Post a Comment