Permata 45
Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Aku mendengar rasulullah bersabda: Tidaklah
seseorang dimasukkan syurga dengan sebab amalannya sahaja. Mereka bertanya :
dan tidak juga kamu hau rasulullah. Jawab baginda: Dan tidak aku kecuali Allah
melimpahi ke atasku dengan kelebihan dan rahmatNya. Oleh itu, hendaklah kamu
bersungguh dan kuat beribadat untuk menghampirkan kepada Allah. Jangan
seseorang kamu bercita-cita mati. Jika baik, mudah-mudahan boleh menambahkan
lagi kebakan. Dan jika sesorang itu jahat, mudah-mudahan dia berhenti dari
kejahatan. (Riwayat al-Bukari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Mutiara Hikmah :
a) Imam Muslim mewasiatkan : Masuk syurga adalah impian setiap indan. Syurga
itu bertingkat-tingkat dan manusia masuk ke dalamnya sesuai dengan tingkatan
amalnya.
b) Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment