Permata 60
Daripada Ibn Abbas ra, katanya nabi saw bersabda: Siapa yang melihat kepada pemerintahnya sesuatu yang dibenci maka
hendaklah sabar ke atasnya. Kerana sesungguhnya siapa yang berpisah dengan
jemaah (menentang) kadar sejengkal jika mati kecuali dianggap mati jahiliah.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Mutiara Hikmah :
a) Imam al-Syafie : Sabar menghadapi
musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan
satu kesabaran pula. Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian
dan kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian
merupakan setinggi-tinggi erti syukur.
b) Imam al-Syafie : Sifat lemah
lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih sayang, kelembutan
hati dan menghapuskan perpecahan. Oleh itu, suburkanlah sifat lemah lembut dan
sabar kerana ianya dapat menawan hati kawan dan lawan.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment