Satu peristiwa sering menjadi awal sejarah baru dan awal harapan baru bagi
seseorang, baik orang cacat atau orang normal.
Mustafa Ibrahim Khalil kehilangan kedua kakinya kerana dilanggar kereta
api. Beliau terus berlatih berenang sebaik sahaja sembuh dan berkerja di akhbar
al-Ahram. Hasilnya, beliau mencatat sejarah manusia yang berjaya menyeberangi
Lo Manche, dari pantai Inggeris ke pantai Peranchis.
Helen Keller barkata : Ada orang yang
mendengar tetapi tidak memerhati, melihat tetapi tidak menangkap makna yang
dilihat dan merasakan tetapi tidak menghayati. Maka aku menyedari bahawa orang
yang buta adalah orang yang buta mata hatinya, bukan yang buta adalah orang
yang buta mata hatinya, bukan buta penglihatannya. Kata-kata ini merupakan
pesan bagi orang-orang yang sihat tetapi sering menghabiskan waktu mereka
dengan berkeluh kesah.
Zeno of Elea berkata : Hidup bagaikan wang logam. Ia memiliki dua
sisi. Satu sisi menggambarkan kesengsaraan dan sisi yang lain menggambarkan
kebahagiaan. Manusia tidak mungkin mengetahui makna dua sisi itu jika salah
satunya tidak ada.
Plato berkata : Setiap permulaan pasti ada akhirnya. Dan
akhir segala sesuatu adalah awal bagi sesuatu yang lain.
Sebahagian besar manusia menghabiskan waktu dengan memikirkan hidup
yany lebih baik. Mereka tidak menghargai waktu yang ada, padahal boleh jadi
waktu yang ada adalah akhir perjalanan hidupnya.
Wallahu a’lam
Terapi Berfikir Positif
Dr Ibrahim Elfiky
No comments:
Post a Comment