Kemuliaan pada sebuah waktu memberi banyak fungsi bagi kita. Setidak-tidaknya
kita dapat melihat daripada empat fungsi :
a) Kepatuhan
Definisi Ramadan sebagai bulan mulia, mewajibkan orang-orang beriman tunduk
dan patuh. Tidak ada pilihan lain. Bukan pilihan bebas tetapi perintah wajib. Namun
terdapat pandangan sebaliknya, yang sombong dan berlagak pandai mengatakan
puasa itu tidak istimewa dan bukan ajaran asal Islam. Katanya, di dalam
Al-Quran menyebut bahawa berpuasa merupakan ajaran umat-umat sebelum Islam.
Padahal umat terdahulu tidak semuanya Islam. Jadi, tiada keistimewaannya secara
khusus.
Sementara si pandir yang berkeringat kerana berkerja di bawah panas
matahari tidak mahu berpuasa kerana merasa bahawa Tuhan akan memahami
kesusahannya. Yang lain hanya mengisi Ramadan dengan separuh hati.
Mencampuradukkan kemalasan dan alasan sibuk yang sentiasa banyak urusan. Tetapi
ada juga yang menjalaninya dengan penuh semangat, tetapi dengan penghayatan
yang sangat terbatas.
Dari tahun ke tahun, masalah paradigma seperti ini tidak akan berubah. Maka
kesalahan mudah berulang. Ia menyerang sesiapa sahaja. Padahal kemuliaan
Ramadan memiliki fungsi kepatuhan dan kepasrahan yang rohnya adalah kerinduan
dan bukan paksaan. Hanya orang-orang yang beriman mampu menjalaninya dengan
baik.
Dalam ajaran agama kita, banyak hal yang harus kita terima dengan kepatuhan
sebelum dijelaskan dengan hujah yang rasional. Tetapi manusia tetap tidak boleh
dikiaskan dengan Tuhan. Tidak boleh dibuat perbandingan. Di sini keberadaan
kita sebagai makhluk benar-benar perlu dinyatakan secara sikap dan perbuatan
Wallahu a’lam.
Nasihat Ramadan daripada
orang-orang soleh
Sulthan Hadi
No comments:
Post a Comment