Daripada Abi Hurairah ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya apabila Allah SWT mengasihi
seseorang hambaNya, maka Dia menyeru kepada Jibril as dengan berkata:
Sesunguhnya Allah SWT amat mengasihi orang itu, maka engkau mestilah
mengasihinya. Lalu Jibril as mengasihinya. Kemudian Jibril as menyeru pada
malaikat langit dengan mengatakan: Sesungguhnya Allah SWT amat kasih kepada
orang itu, maka engkau pun harus bersikap sedemikian. Maka ahli langit pun
mengasihinya. Dan dijadikan penduduk bumi menerima dan mengasihinya.
(Riwayat al-Bukhati, Muslim dan Ahmad)
Permata 64
a) Zat yang telah mencukupkan keinginan kamu kelmarin, akan pula
mencukupkan keinginan kamu hari ini dan besaok. Oleh kerana itu, bertawakallah
kepadaNya. Jika Dia bersama kamu, siapa yang kamu takutkan? Dan, jika Dia
menjauhi kamu, maka kepada siapa kamu akan berharap?
b) Prinsip kejayaan adalah bahawa Allah reda kepada kamu, Allah reda kerana
orang-orang di sekeliling kamu, kerana jiwa kamu yang menerima dengan penuh
keredaan, dan kamu mampu mempersembahkan amalan yang bermanfaat.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment