Wednesday, May 8, 2013

Sifat pemurah rasulullah saw


Permata 36

Daripada Ibn Abbas ra berkata: Adalah rasulullah saw paling pemurah di kalangan manusia dan ia menjadi lebih pemurah jika pada bulan Ramadhan selepas bertemu Jibril dan Jibril bertemu dengannya pada setiap malam daripada Ramadan untuk tadarus al-Quran. Adalah rasulullah saw lebih murah dan dermawan daripada angin yang bertiup ketika bertemu Jibril. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara Hikmah :

a) Umayyah bin Abu al-Salt memuji Ibn Jad’an dan kaumnya berikutan sifat pemurah yang dimiliki:

Mereka tidak kecewa dengan apa yang diminta
Wajah mereka riang lihat permintaan dikabulkan
Tak kisah orang tak dikenali datang pasti mendapat bahagian
Bila menjelang perang, mereka orang paling dermawan

b) Orang yang merasa aman dalam tidurnya, sihat badannya dan memiliki makanan untuk hari ini, maka sebenarnya dia telah memiliki dunia.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment