Wednesday, May 15, 2013

Antara dosa yang besar


Permata 46

Daripada Abdullah bin Amr ra berkata, nabi saw bersabda: Sesungguhnya daripada sebesar-besar dosa ialah seseorang itu melaknat kedua ibubapanya.  Lantas ditanya: Hai rasulullah bagaimana seseorang lelaki melaknat kedua ibubapanya? Jawab baginda : Seorang lelaki memaki ayah lelaki yang lain lantas lelaki tersebut memaki ayah dan ibunya. (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

Mutiara Hikmah :

a) Imam al-Syafie mewasiatkan : Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibubapamu tanpa mengenal erti penat dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.

b) Anda pasti beruntung kerana solat adalah penebus dosa yang melenyapkan dosa sebelumnya, yang menghapuskan kesalahan yang ada di depannya, yang memperbaiki kesalahan yang akan dilakukan setelahnya, dan yang melepaskan tawanan dari orang yang menawannya. Dia adalah permata hati.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment