Menjadi guru itu
telah menjadikan aku
segala-galanya
akulah ibu bapa yang penyayang
sentiasa mengambil tahu dan bimbang
agar anak-anakku cemerlang
Akulah pelakon segak
yang melakonkan semua watak
kerana akulah juga sutradara bijak
mengatur skrip kehidupan yang rancak
di pentas pancaroba yang semarak
Akulah pendeta wibawa
mempamerkan segala sesuatu
yang istimewa
serba lengkap serba cekap
melahirkan modal insan serba mantap
Akulah cahaya
yang menerangi ruang maya
berbekalkan sebutir aksara dan angka
anak-anakku melayari samudera dunia
menjadikan aku bangga
demi mereka
Menjadi guru itu
memungkinkan aku lebih padu
memberi lebih daripada menerima
sepanjang waktu.
Ghazali Lateh
Serdang Selangor
Mingguan Malaysia
12 Mei 2013
Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda
Selamat Hari Guru 2013 .....Terima
kasih cikgu
No comments:
Post a Comment