Permata 43
Daripada Aisyah ra berkata bahawa nabi saw bersabda: Seumpama yang membaca al-Quran dan dia hafaz lagi mahir, maka
kedudupannya bersama malaikat yang mulia dan seumpama yang membaca al-Quran
dalam keadaan kepayahan dan sukar maka baginya mendapat dua pahala. (Riwayat
al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Mutiara Hikmah :
a) Imam Muslim mewasiatkan : Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali
maut. Semoga Allah mematikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafaz
terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci
al-Quran.
b) Saad bin Abi Waqas ra, antara
lain berkata : Kita hendaklah mengajar
anak-anak kita peperangan rasulullah saw sebagaimana kita mengajar mereka
surah-surah al-Quran.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment