Permata 41
Daripada Abi Sa’id ra, bahawa
nabi saw bersabda : Kamu pasti mengikut
sunnah perjalanan mereka yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta
demi sehasta hingga kalau mereka memasuki lubang dhab sekalipun nescaya kamu
memasukinya. Kami bertanya : Hai rasulullah, adakah mereka golongan Yahudi dan
Kristian? Jawab baginda : Maka siapa lagi? (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara Hikmah
a) Jauhilah buku-buku yang membangkang Allah kerana sesungguhnya di
dalamnya ada najis yang mengotori hati, ada racun yang membunuh jiwa dan ada
kebodohan yang menghakis nurani. Tidak ada yang lebih baik daripada wahyu yang
berfungsi membersihkan ruh dan menyembuhkan penyakit
b) As-Syahid Abdullah Azzam : Jika
kami belum berjaya melakukan jihad di Palestin kerana ia dikawal ketat, jika
kami saat ini dilarang untuk bertempur di bumi Masjid Aqsa, semua ini tidak
akan melupakan kami untuk memikirkan Palestin.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment