Permata 51
Daripada Ummu Salamah ra, katanya rasulullah saw bersabda: Apabila ditimpa kepada salah seorang
daripada kamu, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan
kepadaNya kita kembali. Ya Allah, di sisiMu aku bermuhasabah atas musibahku,
maka kurniakanlah pula pahala kepadaku dan gantikanlah aku dengannya yang lebih
baik. (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah)
Mutiara Hikmah :
a) Ibn Ata’illah al-Sakandari dalam Hikamnya berkata: Untuk meringankan kepedihan musibah yang menimpa, hendaklah dikenal
bahawa Allah SWT yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa takdir Allah itu
akan memberikan yang terbaik.
b) Gembirakan jiwa anda dengan mengingatkan kebaikan, tenangkan hati dengan
bertaubat dari semua keburukan yang pernah anda lakukan dan rangkulkan tangan
anda yang putih bersih itu ke leher orang lain.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment