Permata 44
Daripada Abdullah bin Abbas ra
bahawa rasulullah saw melalui berhampiran dengan bangkai kambing, lantas
baginda bersabda: Tidakkah kamu boleh mengambil manfaat dengan menyamaknya?
Mereka menjawab : Sebenarnya ia bangkai. Sabda nabi saw : Sesungguhnya yang
haram adalah makannya sahaja. (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Mutiara Hikmah :
a) Jauhilah orang-orang
pesimistik, sebab jika anda menunjukkan sekuntum bunga kepadanya maka dia hanya
akan menunjukkan duri-durinya kepada anda, jika anda menunjukkan air kepadanya
maka dia akan memberikan kotorannya untuk anda, dan jika anda menunjukkan
keindahan matahari maka dia akan mengeluh dengan panasnya cahaya matahari.
b) Alex Osborn berkata : Lampu Aladin juga tidak bersinar dengan
sendirinya tetapi Aladin juga berusaha menggosoknya terlebih dahulu.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment