Ketika Henry Ford mengumumkan kemuflisannya tujuh kali, dia tidak
menyalahkan pihak lain, tidak mengkritik pihak lain dan tidak
membanding-bandingkan. Justeru, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang
terjadi. Seluruh perhatian ia pusatkan
pada cara menyelesaikan masalah yang ada. Hasilnya, keluarlah kereta Ford
terbaru yang melakarkan kejayaan luar biasa dan tidak pernah disangka-sangka.
Ketika Kolonel Harland Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken ditolak
resepinya oleh 1700 buah restoran dia tidak berputus asa apalagi menyalahkan pihak tersebut dan membuang
gagasannya padahal usianya sudah tujuh puluh tahun lebih. Apa yang dia lakukan
adalah bentuk tanggungjawab. Dia memfokuskan fikiran pada idea-ideanya dengan
penuh yakin hingga cita-citanya terlaksana.
Meskipun Khalid Hassan tidak ada kaki, dia tidak pernah mengeluh tentang
kecacatannya. Dia bertanggungjawab dan memutuskan untuk hidup dengan berjaya.
Perjalanan hidupnya serba susah dan berbahaya. Namun dengan tekad yang bulat
dan bertanggungjawab pada kehidupan, dia berhasil menggapai impiannya.
Meskipun Louis Brailie buta, sebatang kara dan miskin, dia tidak pernah
menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan persekitarannya. Dia
memutuskan untuk melakukan sesuatu yang dapat memperbaiki kehidupannya.
Tanggungjawab itu dipikulnya sendiri. Berkat bantuan Allah, dia menemukan
metode Brailie yang telah dan masih terus membantu jutaan orang yang tidak
dapat melihat.
Thomas Alva Edison tidak pernah mengeluh atau mengalahkan orang lain ketika
ribuan kali gagal mencipta lampu. Meskipun diperlekehkan dan kehilangan banyak
wang, dia tidak mahu meninggalkan gagasannya begitu sahaja. Tanggungjawab
sepenuhnya dipikul dan terus melangkah hingga berhasil mewujudkan cita-citanya.
Wright bersaudara; Orville Wright dan Wilbur Wright berkeyakinan tinggi
bahawa manusia boleh terbang. Mereka mengenakan pakaian bersayap lalu mendaki
puncak gunung. Mereka melompat agar dapat terbang seperti burung. Sudah tentu
mereka pernah jatuh dan luka parah. Meskipun diejek ramai orang dengan sebutan
keluarga gila, mereka tetap tidak menyerah. Tanggungjawab itu mereka pikul
sendiri. Mereka terus melakukan percubaan sampai mereka berhasil menggapai
tujuan yang hingga kini dinikmati oleh raai orang.
Lantas amalkanlah tujuh prinsip berfikiran positif:
1. Masalah dan kesengsaraan hanya ada dalam persepsi
2. Masalah tidak akan membiarkan anda dalam keadaan yang ada : Ia akan
membawa anda pada keadaan yang lebih buruk atau yang lebih baik.
3. Jangan jadi masalah. Pisahkan dirimu dari masalah
4. Belajarlah dari masa lalu, hiduplah pada masa kini dan rencanakanlah
masa depan
5. Setiap masalah ada solusi spiritualnya
6. Mengubah fikiran bererti mengubah kenyataan. Fikiran baru mencipta
kenyataan baru
7. Ketika Allah menutup satu pintu, pasti Dia membuka pintu lain yang lebih
baik.
Wallahu a’lam.
Terapi Berfikir Positif
Dr Ibrahim Elfiky
No comments:
Post a Comment