Saturday, May 18, 2013

Menjaga aurat muslim


Permata 49

Daripada Ibn Umar ra katanya: Suatu hari rasulullah saw naik ke atas mimbar, lalu baginda berteriak dengan nada suaranya yang keras: Wahai kumpulan orang yang menyatakan Islam dengan lidahnya tetapi masih belum terisi iman di dalam hatinya, janganlah kamu menganggu kaum Muslimin, dan jangan mengitip kecacatan mereka! Kerana sesungguhnya sesiapa yang mengitip kecacatan saudaranya yang Muslim, Allah akan mengitip kecacatan dirinya, dan sesiapa yang diintip-intip Allah akan kecacatannya, nescaya akan dipecahkan rahsianya, walaupun dia sedang bersembunyi di dalam perut kenderaannya. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Mutiara Hikmah :

a) Jika anda tidak pernah derhaka kepada Allah dan tidak pernah menzalimi orang lain, maka tidurlah dengan mata nyenyak terpejam. Dan, selamat untuk anda, sebab anda telah mendapat nasib yang baik, dan anda telah berusaha dengan baik. Kerananya anda tidak punya musuh.

b) Masjid adalah pasar akhirat, buku adalah sahabat umur manusia, amal perbuatan adalah teman di dalam kubur, akhlak yang baik adalah mahkota kemuliaan dan baik hati adalah pakaian yang paling indah.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment