Permata 48
Daripada Abu Hurairah ra bahawa
rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang
memiliki tanah, hendaklah dia bercucuk tanam padanya ataupun diserahkan tanah
itu kepada saudaranya (untuk bercucuk tanam) (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Mutiara Hikmah :
a) Jika hari ini kita mampu
bersahur dan berbuka dengan hidngan enak, ingatlah bahawa masih ramai insane
lain yang terpaksa mendadah tangan meminta sesuap nasi.
b) Siapa yang tangannya selalu
menadah sedekah sahaja, akhirnya jadi pemeras ataupun menjemukan sesamanya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sesungguhnya kami memberi
makan kepada kamu kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang
balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment