Monday, May 6, 2013

Menjaga silaturahim


Permata 34

Daripada Asma’ binti Abu Bakar ra berkata : Ibuku datang menziarahiku sedangkan dia masih musyrik pada zaman Quraisy membuat perjanjian dengan rasulullah saw bersama dengan ayahnya. Kemudian aku meminta fatwa daripada rasulullah saw seraya berkata : Hai rasulullah, sesungguhnya ibuku datang menziarahiku dan dia amat suka kepadaku. Adakah aku sambung silaturahimnya?. Jawab rasulullah: Ya, sambunglah. (Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Cinta ibu tidak pernah lapuk. Ini kerana cinta ibu adalah cinta yang paling baik dari segala-galanya

b) Adanya rasa cinta sesama manusia dan makhluk yang ada di alam semesta ini adalah suatu kekuatan pada fikiran yang menghalau kegilaan nafsu dan iblis.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment