Monday, May 13, 2013

Strategi berfikir positif


Strategi orang lain : Kita tidak melihat segala sesuatu apa adanya. Tetapi kita melihatnya sesuai dengan persepsi kita.

Strategi mengubah konsentrasi : Setiap orang mulia  menjadi mulia dan setiap orang yang berjaya menjadi berjaya ketika ia mengerahkan segenap kemampuan dan konsentrasinya untuk tujuan yang positif

Strategi pengurangan dan peningkatan : Setiap hati, kurangkan segala sesuatu yng tidak anda inginkan dan tingkatkan segala sesuatu yang anda inginkan. Lakukan aktiviti ini hingga sesuatu yang tidak anda inginkan tidak ada lagi dan sesuatu yang anda inginkan semakin meningkat.

Strategi hasil yang positif : Kita lebih banyak belajar dari kegagalan daripada belajar dari keberhasilan. Kita mengetahui apa yang harus kita lakukan setelah tahu apa yang belum kita lakukan.

Strategi redefinisi : Orang yang pintar adalah orang yang mengenal diri sendiri. Orang yang bodoh adalah orang yang tidak mengenal diri sendiri.

Strategi pembahagian : Anda dapat menggapai tujuan apa pun dan dapat memecahkan masalah apa pun jika anda membahagikannya menjadi bahagian-bahagian kecil. Selanjutnya, anda tangani setiap bahagian dengan baik hingga impian anda terwujud.

Strategi nilai yang mulia : Barangsiapa meminta bantuan akal, ia akan meluruskannya. Barang siapa meminta petunjuk pada ilmu, ia akan mengarahkannya.

Strategi Alternatif : Orang yang memiliki berbagai alternatif untuk mengatasi satu masalah, bererti dia tahu jalan menuju puncak

Wallahu a’lam

Terapi Berfikir Positif
Dr Ibrahim Elfiky

No comments:

Post a Comment