Wednesday, May 8, 2013

Membaca auta


Kerana bohong itu percuma
bersepah di mana-mana
dari manusia
manusia yang akhirnya
menjadi pencuri?
seperti siakap senohong
gelama ikan duri
kerana bohong itu percuma
beratnya bila diperhitungkan nanti
biarlah berbicara yang benar
kerana kebenaran
akan datang juga akhirnya

Bohong itu percuma
nukilan fikir tanpa nilai diri
karya rasa oleh desak nafsu
untuk menyembunyikan ralat
dari potret dan album peribadi

Kerana bohong itu percuma
kita tewas dengan kekuatan sendiri

Solihin Osman
Bandar Puncak Alam Selangor
BH 5 Mei 2013

No comments:

Post a Comment